Auni

Wednesday, July 28, 2010

Minggu Bahasa

Di sekolah aku , mereka mengadakan Minggu Bahasa. Unutk Bahasa MElayu , mereka mengadakan sebuah pameran tentang permainan tradisional , pakaian MElayu dan informasi. Aku dan rakan berbangsa lain telah mencuba permainan tersebut seperti batu seremban , capteh dan lain-lain lagi. Bertapa seronoknya dapat mencuba bermainpermainan itu. Aku telah belajar pekara baru tentang Bahasa Melayu.

Pengalaman & komen tentang Peleggong

Pengalamanku di sana sangat istimewa bagiku. Ia satu pengalaman yang aku tidak akan lupakan dan juga sesuatu yang aku akan komen. Aku sangat berpuas hati dapat melancong ke sana. AKu dapat mempelajari lebih banyak dan ia menambah pengetahuanku. Aku dapat membezakan Peleggong dan di sini , Singapura. Aku ke sana untuk satu tujuan , iatu belajar dan menambah ilmu. Itu sahaja , :)

Bulan Bahasa

Bulan Bahasa adalah pada 27 Jun sehingga 25 Julai. Bulan Bahasa ini adalah untuk kita semua memahami bertapa pentingnya bahasa kita sendiri iatu Bahasa Melayu. Jika kite tidak menggunakan Bahasa MElayu , siapa akan ? Ini juga untuk orang ramai lebih mencintai Bahasa Melayu dan sejarahnya. Aku sudah dapat tahu tentang sejarah Bahasa Melayu dengan pengalamanku di Peleggong. Aku sangat bersyukor mendapat peluang untuk ke Peleggong. Ia satu peluang yang tidak ramai murid melayu akan dapat. Sampai sini sahaja. Terima Kasih. :D

Rumah Terbuka Di Eunos !

Pada 3 Julai 2010 , Sekolah Rendah Eunos telah mengadakan rumah terbuka untuk semua orang terutama para pelajar Eunos. Di situ , orang-orang boleh menyertai aktiviti-aktiviti seperti membuat layang-layang , menonton persembahan , bermain permainan tradisional Melayu dan macam-macam lagi. Aku telah bermain permainan tradisional MElayu yang amat menyeronokan. Aku suka bermain permainan tersebut. Aku sekarang tidak akan lupa pada permainan-permainan itu yang hampir terlupa pada orang Melayu. Aku juga harap Eunos akan mengadakan rancangan seperti ini lagi!

Hari Ketiga Di Peleggong

Hari ketiga ini amat menyedihkan kerana hari ini hari terakhir di Peleggong. Kami semua pergi ke tanaman yang mempunyai macam-macam jenis tanaman. Kebanyakan tanaman ini subur. Aku telah mempelajari banyak perkataan baru mengenai tanaman. Baru aku faham lebih tentang ini. Seperti daun-daun , ada sejarahnya juga. Aku telah mendengar dan memahami nama-nama daun itu. Pengalaman pada hari terakhir ini amat berkesan untuk aku apabila guru tanya tentang tanaman , aku sudah tahu jawapan itu semua. Selepas itu semua , masa untuk kami berangkat balik ke Singapura. Perkara yang gembira ialah aku dapat menjupa keluargaku lagi. :)

Hari Kedua Di Peleggong

Selepas meluangkan masa di Jeram Tebrau , kami pun pulang ke kampung Peleggong untuk aktiviti seterusnya iatu bermain alat muzik cak lempong. Syiok sungguh bermain cak lempong walaupun ia sungguh susah. Aku pun menari menggunakan piring. Ramai piring telah terjatuh! kelakar sungguh! Selepas telah mencuba itu. kami pun bersiap sedia untuk majlis perkahwinan istimewa untuk kami. Dua daripada pelajar kami menjadi pengantin untuk sehari sahaja. Selepas itu semua , kami balik semula ke hotel untuk berehat. Hari penuh dengan aktiviti yang menarik !

Hari Kedua Di Peleggong

Selepas bersarapan pagi dan bersiap-siap, aku pun tiba di kampung Peleggong siang. Kami semua hendak pergi ke Jeram Tebrau untuk menikmati air terjun di situ. Aku harus berjalan jauh untuk ke sana. Sungguh memenatkan! Setelah naik dan turun bukit ,a ku dan rakan-rakan tiba juga di Jeram Tebrau. Rasa sungguh sejuk apabila mendekati air terjun itu. Ini pertama kaliku dapat melihat air terjun itu. Di situ , aku pun mendeklamasi sajak bertajuk hutan. Huatn amat penting untuk semua orang. Sekumpulan telah membacakan sajak mereka. Hebat sungguh! Kami pun meluangkan masa di sana memikirkan apa yang harus ditulis di atas kertas yang telah disediakan.